Ada satu masa dulu, semangat gila nak kurus. Tahun 2016, bila Master Kamarudin ajak jogging kat Tasik Shah Alam, terus on! Hari-hari jogging, memang berpeluh habis. Tapi semangat tu tak lama… Berat turun 2kg je, lepastu terus give up. Nak maintain tu susah weh!
Pengalaman Hidup Jadi Turning Point
Lepas fasa give up tu, hidup makin sibuk dan malas bersenam. Jawapnya, berat naik mendadak. Sampai tahun 2019, kecundang – kena darah tinggi, pengsan masa sahur dekat rumah, terus masuk hospital. Masa tu memang rasa, “Aku kena ubah gaya hidup ni.”
Lepas discharge, terus buat misi kurus gila-gila. Puasa ketat, jogging setiap petang, makan jaga kaw kaw. Hasilnya? Berat turun hampir 20kg, sampai cecah 58kg. Tapi penat weh nak kekalkan gaya hidup tu hari-hari.
Fasa Eksperimen dan Adaptasi
Lepas tu, aku tukar strategi. Fokus pada Intermittent Fasting (IF) biasa, jaga makan, dan main sukan yang aku enjoy macam takraw dan badminton. Bila duduk Alam Impian, banyak juga jalan kaki. Berat maintain lebih baik sebab aku tak stress nak ikut rutin senaman keras sangat.
Tahun 2022, aku cuba plant-based diet pula. Masa bulan puasa, berat turun balik bawah 59kg. Sekarang ni hover kat BMI 25, masih dalam kawalan walaupun border.
Perkenalan Dengan Konsep E.A.T. dan N.E.A.T.
Tahun 2024, baru betul-betul kenal dua konsep penting dalam pembakaran kalori: E.A.T. dan N.E.A.T.
E.A.T. ialah Exercise Activity Thermogenesis, iaitu pembakaran kalori daripada senaman berstruktur seperti jogging, angkat berat, zumba, dan sebagainya.
N.E.A.T. pula ialah Non-Exercise Activity Thermogenesis, iaitu kalori yang dibakar melalui pergerakan seharian macam berjalan, berkebun, cuci rumah, dan angkat barang.
Kajian dari Levine et al. (2005) menunjukkan bahawa N.E.A.T. boleh menyumbang kepada pembakaran sehingga 2000 kalori sehari bergantung kepada aktiviti individu. Ini menunjukkan bahawa pergerakan harian tanpa senaman pun sangat besar impaknya terhadap berat badan.
N.E.A.T. Lebih Dekat dengan Gaya Hidup Orang Dulu
Kalau fikir balik, zaman dulu mana ada orang masuk gym. Tapi badan fit sebab mereka kerja fizikal – bercucuk tanam, angkat air, jalan kaki ke mana-mana. Hidup seimbang antara makan dan bergerak.
Sekarang ni, aku banyak berkebun, angkat pasu berat, kutip sampah sekitar taman. Aktiviti ni bukan sahaja bantu bakar kalori, tapi juga buat taman bersih, jiwa tenang. Tapi masalahnya… bila dah banyak bergerak, nafsu makan pun kuat! Habis semua kalori terbakar tadi diganti balik, hahaha!
Tips Mudah untuk Naikkan N.E.A.T.
Ramai orang rasa kalau tak bersenam, tak boleh kurus. Tapi sebenarnya, kita boleh banyakkan N.E.A.T. secara semula jadi dalam kehidupan harian. Ini antara cara yang aku buat – dan kau pun boleh cuba.
- Guna tangga berbanding lif – Setiap langkah kecil tu adalah kalori terbakar.
- Parkir jauh sikit dari pintu masuk – Supaya kita dapat berjalan lebih jauh.
- Basuh kereta sendiri – Sambil jimat duit, dapat peluh juga.
- Kutip sampah sekitar taman atau rumah – Aktiviti ni bukan sahaja fizikal, tapi bagi impak sosial yang baik juga.
- Berkebun atau buat kerja rumah berat – Angkat pasu, cangkul, sapu daun – semua ni sangat membantu bakar kalori.
- Banyak berdiri atau berjalan masa telefon – Jangan duduk saja masa scroll atau call.
- Bermain dengan anak-anak atau binatang peliharaan – Boleh jadi workout tanpa sedar.
- Jalan kaki ke kedai runcit atau pasar malam – Kalau jarak dekat, tinggalkan kereta.
Semua ni tak perlu baju gym atau membership. Tapi kalau dibuat konsisten, hasilnya boleh sama macam pergi gym setiap hari.
Kunci: Bina Otot & Naikkan Metabolisme
Walaupun malas senaman berstruktur, aku tetap pentingkan kekuatan. Aktiviti macam angkat pasu dan kerja fizikal bantu bina otot. Bila otot meningkat, Resting Metabolic Rate (RMR) pun naik. Maksudnya, badan bakar lebih kalori walaupun tengah rehat.
Menurut kajian dari Speakman & Selman (2003), otot aktif membakar lebih banyak kalori berbanding tisu lemak. Jadi, semakin tinggi jisim otot, semakin tinggi kadar metabolisme rehat seseorang.
Fokus Baru: Ukur Lilit, Bukan Timbangan Semata
Sekarang misi aku: kecilkan perut dan jaga gaya hidup aktif. Fokus bukan semata-mata pada nombor atas penimbang, tapi pada ukurlilit pinggang dan cermin. Lelaki dengan BMI 25 tak semestinya gemuk, tapi kalau perut memboyot, tetap kena usaha.
Misi sixpack lelaki kampung sedang bermula. Aku percaya dengan pendekatan realistik dan konsisten. Nak kurus tak semestinya kena jadi hamba gym. Yang penting, banyak bergerak, makan berpada dan bina otot secara semula jadi.
Kesimpulan: Pilih Cara Yang Kita Boleh Kekalkan
Kalau kau jenis suka senaman gym, silakan! Tapi kalau kau macam aku, jenis suka berkebun, jalan kaki, buat kerja rumah – itu pun cukup bagus. Kuncinya ialah konsisten dalam pergerakan, kawal makan, dan sayang badan sendiri.
Turun berat bukan soal trend atau ikut orang. Tapi tentang jaga kesihatan dan bertenaga untuk hidup. Jom mulakan misi kecilkan perut dengan cara kita sendiri. Yang penting, jangan give up!