doa kuat tubuh badan ? Bagi yang terkena sihir/santau, sering angin dalam badan atau yang mempunyai gangguan makhluk halus yang ingin membuang bisa-bisa/racun santau atau sihir insya Allah boleh guna kaedah dibawah:?
1. Pertama sekali ambil segelas air dan bacakan doa seperti dibawa 3 kali dan minum diselangi dengan selawat nabi sehingga habis.
2. Sesudah minum letakkan ibu jari anda di tengah-tengah dada (Ulu hati). Tekan (jangan slow sangat atau jangan kuat sangat).
3. Ketika tekan bacakan Surah Toha Ayat 69 berulang-ulang kali sambil tekan dan tolak ke atas sehingga tidak muntah atau hilang sedawa.
4. Ketika anda tekan, anda sendawa dan hendak muntah. Jangan ditahan muntah tersebut. Jika terasa tersekat anda perlu paksa dgn menjoloknya. Insya Allah jika badan anda mempunyai sihir/santau atau bisa2 gangguan makhluk halus ia akan keluar seperti air sabun.
Surah Toha Ayat 69
وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى
Terjemahan:- “Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.
Insya Allah.. ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yg ada didalam tubuh badan kita. Jaga atikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah swt. Sesungguhnya Allah yang menyembuhkan. doa kuat tubuh badan