Tips Diet: Bertangguh Bukan Malas
Pagi ini, saya belajar sesuatu yang baru tentang bertangguh. Rupa-rupanya, bertangguh bukanlah tanda malas, tetapi ia sebenarnya cara kita menghadapi stres.
Cuba fikirkan. Kita biasanya bertangguh untuk bekerja, bersenam, atau membentuk tabiat yang baik. Tapi, kita jarang bertangguh untuk perkara yang kita suka, seperti menonton YouTube, scroll media sosial, atau menonton drama Korea. Betul, kan?
Ini kerana membentuk tabiat yang baik memang tidak mudah, dan kita cenderung untuk bertangguh sebagai cara mengurangkan tekanan.
“Ala, esoklah diet. Esoklah buat kerja itu.”
Hakikatnya, apabila kita bertangguh, kita sedang mencari kelegaan daripada stres. Contohnya, ketika sedang bekerja, kita tiba-tiba buka media sosial. Kerja pun tergendala. Otak kita akan merembeskan hormon yang membuatkan kita rasa lega, tetapi hanya sementara.
Masalahnya, semakin kerap kita bertangguh, semakin sukar untuk menghentikannya. Otak kita ketagih dengan rasa kelegaan itu.
Maafkan Diri Sendiri
Menurut Mel Robbins, penulis buku The 5 Second Rule, langkah pertama untuk mengatasi bertangguh ialah memaafkan diri sendiri. Bila kita asyik menyalahkan diri, kita akan bertambah stres dan makin sukar untuk bergerak ke hadapan.
Bina Vision Board
Bayangkan apa yang kita ingin capai di masa hadapan. Contohnya, jika kita mahu kurus, buatlah vision board sebagai motivasi. Setiap kali rasa ingin bertangguh, lihat kembali vision board itu untuk kekal di landasan yang betul.
Mulakan dengan Langkah Kecil
Hitung 5, 4, 3, 2, 1, dan terus bertindak. Mulakan dengan tugas kecil, seperti dalam buku Atomic Habits: buat sesuatu tidak lebih daripada 2 minit sebagai permulaan. Contohnya, jika ingin rajin membaca, mulakan dengan membaca selama 2 minit sahaja. Keesokan harinya ulangi. Lama-kelamaan, kita akan terbiasa dan cenderung untuk melakukannya lebih lama.
Rancang Makanan Anda
Rancang menu makanan harian. Tulis apa yang hendak dimakan waktu pagi, tengah hari, dan malam. Catat di buku, di telefon, atau sekurang-kurangnya di fikiran. Jangan biarkan diri terjebak dengan godaan yang tidak dirancang. Kita bertanggungjawab atas pilihan makanan kita, bukan orang lain.
Tips Timbang Berat Badan
- Timbang seminggu sekali (atau dua minggu sekali) pada hari yang sama setiap minggu.
- Gunakan penimbang yang sama dan letakkan di lokasi yang rata dan keras.
- Timbang pada waktu pagi, selepas bangun tidur dan selepas buang air kecil/besar.
- Timbang tanpa pakaian untuk hasil yang tepat.
Kepentingan Snacking
- Menstabilkan gula dalam darah.
- Membantu rasa kenyang lebih lama.
- Meningkatkan metabolisme dan membakar lemak lebih cepat.
- Memberi tenaga sepanjang hari.
- Mengawal nafsu makan semasa waktu makan utama.
Contoh Menu
Pagi ini, saya bersarapan dengan dua biji telur rebus, sambal tumis, dan secawan kopi O. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, bertenaga, dan dapat memberi manfaat kepada orang lain. Semoga tips ini membantu anda!
[…] ramai yang tahu, kan? Orang kata ni Raja Segala Makanan. Siap orang kurus pun ambil alfalfa sebagai bantuan diet. Lagi menarik, ada cerita inspirasi pasal seorang pengidap kanser yang konsisten ambil alfalfa. […]