Skip to content

TIPS SIHAT UNTUK UMAT

nak kurus atau sihat

Tips Untuk Kurus

Posted on January 12, 2024November 1, 2024 By No Comments on Tips Untuk Kurus

Tips Untuk Kurus Cara Orang Kuala Lumpur

Dah puas makan ubat kurus, macam-macam supplement, meal replacement, titis, sapu, pakai korset, buat senaman setiap hari tapi tetap tak kurus-kurus juga. Kalau kurus pun, seminggu je lepas tu naik balik.

Kenapa jadi macam ni?

  1. Cepat sangat give up. Dah 20 tahun gemuk, tapi nak turun 20kg dalam 2 bulan. Mana logik.
  2. Tak amalkan pemakanan seimbang. Makan protein je, tapi hot dog, burger semua nak makan juga. Kata protein, padahal makanan proses ni lagi cepat gemuk.
  3. Tak makan nasi, tapi sekali jumpa nasi, makan satu periuk. Sapa pernah macam ni?
  4. Terlampau percaya janji manis ubat kurus. Makan apa-apa pun kononnya lemak boleh hilang dengan ubat kurus. Lemak sebenarnya hilang dengan kalori defisit, pemakanan seimbang dan senaman, bukan telan ubat sampai cirit-birit.
  5. Tak cukup minum air. Takut gemuk air, terus kurang minum air. Kenapa tak kurang makan je?
  6. Suka skip makan. Kononnya diet, jadi tak makan. Tapi sekali makan habis 2 pinggan sebab terlalu lapar.
  7. Bersenam, tapi lepas tu makan makanan tinggi kalori dengan alasan “hari ni dah bersenam, boleh makan lebih sikit.” Satu jam bersenam bakar 500 kalori, 5 minit makan mee goreng tambah 700 kalori.
  8. Sarapan dengan makanan tinggi karbo. Tak makan nasi, tapi makan kuih, bihun, Coco Crunch, biskut.
  9. Suka makan jajan aka junk food. Kerepek, biskut, kek, gula-gula, kacang yang bersalut garam.
  10. Semangat sekejap je, sebab tak ada apa-apa yang ‘push’ untuk turun berat. Slow and steady je. Turun 10kg dalam 5 tahun pun dah cukup happy.

Siapa yang rasa dia ada sebab-sebab kat atas ni? Sebenarnya nak turun berat badan ni tak susah bila kita tahu caranya.

Dah Bosan Gemuk dan Serius Nak Kurus?

  1. Mula-mula kena ada objektif, target nak sihat dan bebas penyakit. Kena ada aim yang kuat, jadi bila kita rasa down, kita tengok balik aim tu.
  2. Cari ilmu, buat research cara yang paling sesuai. Saya amalkan konsep 70% pemakanan seimbang, 30% senaman.
  3. Kenal pasti keperluan kalori harian (DCR) dan Basal Metabolic Rate (BMR).
  4. Pelbagaikan rutin senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Waktu paling sesuai bersenam ialah pagi. Tak kisah senaman apa, yang penting enjoy.
  5. Banyakkan makan sayur dan buah, sangat baik untuk badan.
  6. Tangkap gambar untuk ‘compare’ diri sendiri lepas beberapa minggu untuk naikkan semangat. Kadang-kadang berat tak turun banyak tapi ukuran badan berkurang.
  7. Jangan skip makan terutama sarapan, dan makan 5-6 kali sehari.
  8. Cari kawan-kawan yang ada misi nak kurus sama-sama untuk saling support. Contohnya, join group workout.
  9. Pastikan badan sentiasa cukup hidrasi. Sangat penting.
  10. Konsisten. Biarlah apa orang sekeliling cakap, yang penting kita kena positif dan teruskan usaha. InsyaAllah, hasilnya pasti manis.

Nak Kurus Secara Sihat & Selamat?

Pernah dengar tentang diet telur? Ramai orang dah cuba, tapi saya tak pernah lagi sebab tak berapa suka telur rebus. Katanya diet telur ni boleh tingkatkan metabolisme dan bakar lemak dengan cepat.

  • Kalori 1 biji telur rebus = 72 kalori.
  • Pilih telur rebus (TR) bukan telur goreng (TG) sebab TG lebih tinggi kalori.
  • Ambil secara sederhana, 2 biji masa sarapan.
  • Untuk makan tengah hari & malam, telur boleh dimakan dengan ayam & ikan. Tambah juga sayur dan buah. Nak tahu lebih lanjut, boleh cari info pasal Diet Atkins (low carbo meal).

Cara Amalkan Diet Telur:

  • Kurangkan pengambilan gula & garam.
  • Minum air kosong – minimum 8 gelas sehari.
  • Elakkan makanan & minuman manis – coklat, kek, aiskrim, air berkarbonat & lain-lain.
  • Senaman ringan – 30 minit sehari.

Tips di atas senang je, tak susah nak cuba. Tak mahal pun kosnya, yang penting konsisten amalkan. Mungkin boleh mula dengan 3 hari seminggu dan perlahan-lahan tambah kekerapan diet TR ni.

Saya sendiri pun ada kelemahan dalam diet, terutamanya bab makanan & minuman manis. Jom kita berubah sama-sama.

Share this:

  • Post

Like this:

Like Loading...

Related

Related Posts:

  • Cut Sugar Tak Kurus ?
  • Cara Merancang Anak Lelaki: Tips Pemakanan, Waktu…
  • Tips Diet
  • Diet Kopi Untuk Kurus ?
  • Tips Diet Mudah
  • Panduan Diet Ketika Berpuasa: Kurus Dengan Bijak,…
  • Dodol Buat Anda Kurus ?
  • Kurus Luar Gemuk Dalam
  • Pisang Untuk Diet
  • Bahaya Garam Untuk Kesihatan ?
BLOG

Post navigation

Previous Post: Diet Untuk Sugar Burner: Cara Berkesan Tukar Badan kepada Fat Burner
Next Post: Cheese Leleh Punca Obesiti ?

More Related Articles

10 Makanan Cegah Arteri Tersumbat: Lindungi Jantung Anda Dari Awal BLOG
kesan obesiti Kesan Obesiti Boleh Sebabkan Kanser Lemah Tenaga Batin BLOG
GEMUK sebab LIFESTYLE KURUS pun sebab LIFESTYLE Tips Diet Kawal Makanan: Cara Mudah Untuk Gaya Hidup Sihat BLOG
makanan sebelum selepas senaman Amalan Badan Kuat BLOG
bahaya rabun warna Bahaya Rabun Warna BLOG
cara jadi cantik Cara Jadi Cantik: 6 Tips Mudah Kekalkan Kulit Cantik dan Berseri BLOG

Leave a ReplyCancel reply

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Recent Posts

  • Magnesium Untuk Hidup Tenang – Kebaikan dan Kelebihan Untuk Kurangkan Stress
  • Umur Sama Rupa Berbeza ? Gaya Hidup Pengaruhi Penuaan
  • “French Paradox”: Misteri Rahsia Kesihatan dan Awet Muda Orang Perancis
  • Belimbing Buluh: Penyelamat Nyawa dan Potensi Perubatan Semula Jadi yang Revolusioner
  • Masalah Hormon – Kacau Diet Kalori Defisit Lebihkan Bersenam !!!
  • Cuci Tong Sampah Badan – Bila Berkerak Toksin, Suplemen Pun Susah Nak Serap !!!
  • Rice Diet Walter Kempner: Diet Nasi yang Pernah Mengubah Dunia Perubatan
  • Derita PCOS – 1 dalam 10 Wanita Usia Reproduktif
  • Khasiat Ubi Kayu Rebus – Kajian Terkini dan Cadangan Diet Sihat
  • Berat Turun Tapi BUNCIT ? Salahkan Kortisol Tinggi Dalam Badan Anda

Recent Comments

  • Terapi Jinjit: Senaman Ringkas Yang Berpotensi Besar Untuk Kesihatan Jantung, Strok dan Tulang Belakang – TIPS SIHAT UNTUK UMAT on Berat Turun Tapi BUNCIT ? Salahkan Kortisol Tinggi Dalam Badan Anda
  • Cuci Tong Sampah Badan – Bila Berkerak Toksin, Suplemen Pun Susah Nak Serap !!! – TIPS SIHAT UNTUK UMAT on Berat Turun Tapi BUNCIT ? Salahkan Kortisol Tinggi Dalam Badan Anda
  • Cuci Tong Sampah Badan – Bila Berkerak Toksin, Suplemen Pun Susah Nak Serap !!! – TIPS SIHAT UNTUK UMAT on Pedih Ulu Hati: Gastrik atau Sakit Jantung?
  • Berat Turun Tapi BUNCIT ? Salahkan Kortisol Tinggi Dalam Badan Anda – TIPS SIHAT UNTUK UMAT on Petua Kempiskan Perut Buncit
  • Berat Turun Tapi BUNCIT ? Salahkan Kortisol Tinggi Dalam Badan Anda – TIPS SIHAT UNTUK UMAT on Obesiti Masalah Hormon
  • Anda Bukan Sakit… Anda Sedang Menua – TIPS SIHAT UNTUK UMAT on Jumlah Protein Lebih Penting Berbanding Masa Pengambilan
  • NAK TURUN BERAT CEPAT? MULAKAN DENGAN BERHENTI AIR MANIS. – TIPS SIHAT UNTUK UMAT on Bila Badan Gemuk Badan Berbau Sukar Cari Kawan ?
  • NAK TURUN BERAT CEPAT? MULAKAN DENGAN BERHENTI AIR MANIS. – TIPS SIHAT UNTUK UMAT on Bahaya Gula Putih
  • Warna Darah Haid – Petunjuk Kesihatan Wanita yang Ramai Terlepas Pandang – TIPS SIHAT UNTUK UMAT on Obesiti Masalah Hormon
  • Warna Darah Haid – Petunjuk Kesihatan Wanita yang Ramai Terlepas Pandang – TIPS SIHAT UNTUK UMAT on Amalan Badan Kuat

Archives

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • January 2024
  • September 2023
  • April 2023
  • December 2022
  • July 2022

Copyright © 2025 TIPS SIHAT UNTUK UMAT.

Powered by PressBook Green WordPress theme

%d